18 May 2013



SIARAN MEDIA

 Y.BHG DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL

KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

 SOALAN BUAT TAN SRI RAFIDAH AZIZ,
PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH AIRASIA X

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2013 – Saya mewakili Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini ingin melontarkan pertanyaan kepada YBhg Tan Sri Rafidah Aziz selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X di atas kenyataan oleh Ketua Pengarah Eksekutif beliau dari Airasia X, Azran Omar-Rani terhadap Utusan Malaysia dan tindakan menarik balik iklan di dalam akhbar tersebut.

Saya yakin Tan Sri Rafidah Aziz yang telah menerajui kepimpinan Wanita UMNO selama 22 tahun dan berusia 66 tahun semasa meninggalkan pucuk pimpinan Wanita UMNO Malaysia, cukup matang untuk menjelaskan isu ini berdasarkan perjuangan Wanita Melayu yang turut didukung oleh beliau semasa memimpin Wanita UMNO. Malah, saya harap beliau memahami perjuangan Utusan Malaysia sebagai satu-satunya lidah rasmi orang Melayu.
Beliau seharusnya tampil kehadapan untuk memberikan pandangan, pendirian dan pendapat beliau untuk menyelesaikan isu ini, bukan terus berdiam diri walaupun beberapa desakan telah dikemukakan oleh badan-badan NGO Melayu dan beberapa pihak yang lain.

Wanita UMNO amat kecewa dan meminta Tan Sri Rafidah sebagai Pengerusi yang bertanggungjawab untuk Airasia X memberikan penjelasan secepat mungkin kerana terlalu ramai orang Melayu berasa amat tersinggung dengan pandangan yang tidak bertanggungjawab oleh Azran Osman-Rani.


SHAHRIZAT ABDUL JALIL

Mesyuarat Wanita UMNO Selangor

Mesyuarat Wanita UMNO Selangor & Majlis Meraikan Kemenangan Calon-Calon Wanita Yang Bertanding Pada Pilihanraya Umum Ke 13
Tempat: Bangunan UMNO Selangor
Tarikh: 17 Mei 2013


12 May 2013

Sambutan Hari UMNO Yang Ke 67

Majlis Sambutan Hari UMNO Yang Ke 67
Tempat: Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur
Tarikh: 11 Mei 2013, Jam: 9 Malam


4 May 2013

Karnival Keusahawanan Masyarakat India

Perasmian Karnival Keusahawanan Masyarakat India, Majlis Di Rasmikan Oleh Datuk Seri Najib Razak
Tempat: Padang Chetty, Klang
Tarikh: 3 May 2013, Jam: 9 Malam


Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Puchong Permai

Program Pemimpin Bersama Rakyat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Puchong Permai.
Tempat: Flet Puchong Permai
Tarikh: 3 May 2013, Jam: 6.15 Petang


Pelancaran Projek Perumahan Mampu Milik Sime Darby

Dato' Sri Najib Tun Razak hari ini melancarkan fasa pertama projek rumah mampu milik Sime Darby Property Bhd. di Bandar Bukit Raja.
Tempat: Meru, Klang
Tarikh: 3 Apr 2013, Jam: 3.50 Petang


Program Dato' Sri Najib Bersama Jentera Pilihanraya Parlimen Sepang

Program Dato' Sri Najib Bersama Jentera Barisan Nasional Parlimen Sepang
Tempat: Pekan Dengkil
Tarikh: 3 May 2013, Jam: 10.40 Pagi


2 May 2013

Program Sepetang Bersama Dato' Seri Shahrizat

Program Sepetang Bersama Dato' Seri Shahrizat 
Tempat: Perkarangan Pejabat Adun Hulu Bernam, Hulu Selangor
Tarikh: 1 Mei 2013