29 Apr 2013

Program Dato' Sri Najib Di Parlimen Klang

Program Dato' Sri Najib Bertemu Pengundi Parlimen Klang
Tempat: Pandamaran Jaya, Klang
Tarikh: 28 Apr 2012, Jam: 9 Malam


Perjumpaan Dengan Jentera JR Parlimen Gombak.

Perjumpaan Dengan Jentera Jalinan Rakyat (JR) Parlimen Gombak
Tarikh: 28 Apr 2013, Jam: 5.20 Petang


Perjumpaan Dengan Jentera JR Parlimen Ampang

Perjumpaan Dengan Jentera Jalinan Rakyat (JR) Parlimen Ampang
Tempat: Pejabat UMNO Bahagian Ampang
Tarikh: 28 Apr 2012, Jam: 4.40 Petang


Najib Bertemu Pengundi Dun Taman Templer

Program Dato' Sri Najib Razak Bertemu Pengundi-pengundi Cina Dun Taman Templer
Tempat: SRJK(C) San Yuk, Rawang, Selangor
Tarikh: 28 Apr 2013, Jam: 2.30 Petang







28 Apr 2013

Perjumpaan Dengan Jentera JR Parlimen Sepang

Perjumpaan Dengan Jentera Jalinan Rakyat (JR) Parlimen Sepang
Tempat: Bilik Gerakan Barisan Nasional PDM Bukit Changgang
Tarikh: 27 Apr 2013, Jam: 9.30 Malam


Perjumpaan Dengan Jentera JR Parlimen Tanjong Karang

Perjumpaan Dengan Jentera Jalinan Rakyat (JR) Parlimen Tanjong Karang
Tempat: Sungai Gulang-Gulang
Tarikh: 27 Apr 2013, Jam: 5.30 Petang


Program Jalinan Kasih Dun Sekinchan

Program Jalinan Kasih Dun Sekinchan & Perjumpaan Dengan Jentera Jalinan Rakyat (JR) 
Parlimen Sungai Besar
Tempat: Perkarangan Villa Nor, Sekinchan
Tarikh: 27 Apr 2013, Jam: 12.45 Tangah Hari


Perjumpaan Dengan Jentera JR Parlimen Sabak Bernam

Perjumpaan Dengan Jentera Jalinan Rakyat (JR) Sabak Bernam
Tempat: Pejabat UMNO Bahagian Sabak Bernam
Tarikh: 27 Apr 2013, Jam: 10.25 Pagi


27 Apr 2013

Perjumpaan Dengan Jentera JR Parlimen Klang

Perjumpaan Dengan Jentera Jalinan Rakyat (JR) Wanita UMNO Bahagian Klang
Tempat: Bilik Gerakan Barisan Nasional Dun Perlabuhan Kelang
Tarikh: 26 Apr 2013, Jam: 10.30 Malam.


Walk About Bersama Calon BN Parlimen Shah Alam & Dun Batu Tiga

Walk About Bersama Calon BN Parlimen Shah Alam & Dun Batu Tiga.
Tempat: Pasar Malam Padang Jawa
Tarikh: 26 Apr 2013, Jam 6 Petang


26 Apr 2013

Program Bersama Calon Dun Kota Damansara Halimaton Saadiah Melawat PDM

Program Bersama Calon Dun Kota Damansara Halimaton Saadiah Melawat PDM
Tempat: Bilik Gerakan BN PDM Pinggiran Subang
Tarikh: 25 Apr 2013, Jam: 8.45 Malam


25 Apr 2013

Calon BN Parlimen Ampang Perihatin.

Calon BN Parlimen Ampang Membantu seorang pelajar sekolah agama yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di jalan lembah ampang.

Foto Utusan Malaysia 24 Apr 2013

Program Bersama Calon Parlimen Hulu Langat Bertemu Pengundi

Program Bersama Calon Parlimen Hulu Langat Adzhaliza Mohd Nor Bertemu Pengundi
Tempat: Pasar Kajang, Kajang Selangor
Tarikh: 24 Apr 201, Jam: 8 Pagi


23 Apr 2013

Datuk Seri Najib Razak Bertemu Pengundi Cina Sungai Buloh

Datuk Seri Najib Razak Bertemu Pengundi Cina Sungai Buloh
Tempat: SRJK(C) Sungai Buloh
Tarikh: 22 Apr 2013, Jam: 9.15 Malam


Bertemu Jentera Pilihanraya BN Parlimen Kota Raja & Walkabout Di Plaza Seri Muda

Datuk Seri Najib Bertemu Dengan Jentera Pilihanraya Parlimen Kota Raja & Melakukan Walkabout Di 
Plaza Seri Muda
Tempat: Padang Awam Seri Muda & Plaza Seri Muda
Tarikh: 22 Apr 2013, Jam: 3.40 Petang


Lawatan Ke Bilik Gerakan PDM F&H Parlimen Gombak

Datuk Seri Najib Melawat Bilik Gerakan PDM F&H Parlimen Gombak
Tempat: Taman Melawati, Gombak
Tarikh: 22 Apr 2013, Jam: 12.00 Tengah Hari


Datuk Seri Najib Bertemu Pengundi Di Taman Greenwood Gombak

Program Datuk Seri Najib Bertemu Pengundi Di Taman Greenwood Gombak
Tempat: Taman Greenwood Gombak
Tarikh: 22 Apr 2013, Jam: 11.30 Pagi


Walk About Datuk Seri Najib Di Bandar Baru Selayang

Walk About & Bertemu Pengundi Di Bandar Baru Selayang
Tempat: Pekan Bandar Baru Selayang
Tarikh: 22 Apr 2013, Jam: 10.15 Pagi


21 Apr 2013

Ketua Wanita UMNO Selangor Mengiringi Calon Parlimen P.106 Petaling Jaya Utara

Ketua Wanita UMNO Selangor Mengiringi Calon Parlimen P.106 Petaling Jaya Utara, Chew Hoong Ling
Tempat: Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Puay Chai, Petaling Jaya
Tarikh: 20 Apr 2013


Lawatan Ke Bilik Gerakan PGRM

Lawatan Ke Bilik Gerakan PGRM Dun Bukit Gasing
Tempat: Bilik Gerakan PGRM Bukit Gasing
Tarikh: 20 Apr 2013, Jam: 2.30 Petang


Sekitar Hari Penamaan Calon Parlimen Ampang, Dun Hulu Bernam & Dun Kota Damansara

Sekitar Hari Penamaan Calon Pilihanraya Umum 13
Tarikh: 20 Apr 2013

Calon Parlimen P. 099 Ampang, Datuk Dr Rozaidah Talib


19 Apr 2013

Majlis Pelancaran Jaringan Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA)

Majlis Perjumpaan Khas & Pelancaran Jaringan Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA) Oleh Datuk Seri Najib Razak
Tempat: PWTC Kuala Lumpur
Tarikh: 18 Apr 2013


Majlis Pelancaran Aku Janji (Manifesto) Barisan Nasional Selangor

Majlis Pelancaran Aku Janji (Manifesto) Barisan Nasional Selangor
Tempat: SACC Convention Centre, Shah Alam
Tarikh: 18 Apr 2013


17 Apr 2013

Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional Selangor

Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional Negeri Selangor Bagi Kerusi Parlimen Dan Dewan Undangan Negeri Oleh Y.A.B Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor 
Tempat: Bangunan UMNO Selangor
Tarikh: 16 Apr 2013

Wanita UMNO Selangor Mengucapkan Tahniah Kepada, Puan Rosni Sohar (DUN Hulu Bernam) Pn Halimaton Saadiah (DUN Kota Damansara) Dr. Rozaidah (Parlimen Ampang) Pn Adzhaliza Mohd Nor (Parlimen Hulu Langat) Pn Noriah Kasnon (Parlimen Sungai Besar) Kerana Terpilih Menjadi Calon Mewakili Pergerakan Wanita UMNO Negeri Selangor.


Majlis Ramah Mesra Warga Industri Hospitaliti Kulinari

Majlis Ramah Mesra Warga Industri Hospitaliti Kulinari Bersama Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
Tempat: ADTEC Shah Alam
Tarikh: 16 April 2013


16 Apr 2013

Majlis Ramah Mesra Bersama Kanak-kanak Tabika & Prasekolah

Majlis Ramah Mesra Kanak-Kanak Tabika & Prasekolah Bersama Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
Tempat: Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran, Ampang
Tarikh: 15 Apr 2013


15 Apr 2013

Perjumpaan Datuk Seri Sharizat Jalil Dengan Jentera JR Putrajaya

Perjumpaan Datuk Seri Sharizat Jalil Dengan Jentera Jalinan Rakyat (JR) Parlimen Putrajaya
Tempat: Persint 9, Putrajaya
Tarikh: 14 Apr 2013


14 Apr 2013

Majlis Memori Kasih Warga Emas

Majlis Memori Kasih Warga Emas Parlimen Subang
Tempat: Dewan Banquet, Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara
Tarikh: 13 Apr 2013


12 Apr 2013

Perjumpaan Ahli-Ahli Majlis Tindakan Persekutuan

Perjumpaan Ahli-Ahli Majlis Tindakan Persekutuan
Tempat: Hotel De Palma Inn, Shah Alam
Tarikh: 11 Apr 2013


11 Apr 2013

Perjumpaan Bersama Y.A.B Pengerusi Barisan Nasional

Perjumpaan Bersama Y.A.B Pengerusi Barisan Nasional
Tempat: Dewan Merdeka, PWTC
Tarikh: 10 Apr 2013


8 Apr 2013

Manifesto Barisan Nasional PRU-13 Terbaik Dalam Sejarah

Perdana Menteri telah pun melancarkan Manifesto Barisan Nasional bagi Pilihanraya Umum ke 13 semalam yang bertemakan ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’.Ianya disambut baik oleh semua golongan yang jelas semakin yakin dengan kerajaan.  

Pada tahun 1995, manifesto BN berbunyi Berwawasan, Adil dan Efisien. 1999 pula berbunyi Malaysia Bebas, Sepadu dan Maju,  2004 - Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dan 2008 – Selamat, Aman dan Makmur. Kesemuanya dirangka sebaik mungkin bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.  

Walaubagaimanapun, manifesto 2013 ini  diangkat sebagai yang terbaik dalam sejarah oleh sesetengah pemerhati politik kerana sifatnya yang lengkap, padat dan yang paling penting, berasaskan senario kehidupan sebenar rakyat serta perkembangan dunia.  

Manifesto BN kali ini dikatakan berpijak di bumi nyata atau realistik, namun di masa yang sama memberi keyakinan dan keazaman kepada rakyat untuk sama-sama berdiri di belakang BN dalam usaha kita membina sebuah negara yang lebih baik.   Tema ini juga dilihat sebagai gambaran keikhlasan kepimpinan, bersifat yakin tetapi merendah diri, tekad berusaha namun tetap berserah kepadaNya.  

Ini kerana, realitinya, dunia telah berubah bukan sahaja dari segi landskap tetapi juga dari segi politik.  Jika dahulu kita hanya bercakap tentang dunia tanpa sempadan tetapi hari ini kita telah terpaksa berdahapan dengan kesan dari kesamaran sempadan itu.   Segalanya bukan lagi rahsia dan semuanya boleh didapati di hujung jari.   Malah, jatuh bangun sesebuah negara kini tidak lagi bergantung kepada rakyat dan kerajaannya semata-mata tetapi kedaulatan negara boleh dicerobohi tanpa perlu pun mengangkat senjata. 

Hanya dengan hujung jari, kita boleh mencetuskan penghapusan etnik sepertimana yang berlaku kepada Rohingya ataupun menempah neraka sepertimana berlaku di Libya, Syria ataupun Mesir.   Kehebatan akal manusia yang diamanahkan sebagai anugerah tertinggi kepada makhlukNya teruji hampir ke tahap maksima, di mana hanya yang bijak dan menguasai ilmu sahaja yang akan menang.  

Justeru, bagi negara yang penguasaan ilmu iaitu sains dan matematik berada di tahap yang sangat lemah dan semakin lemah, Malaysia berhadapan dengan cabaran mentaliti dan sikap dalam menangani berbagai asakan yang dahulunya asing bagi kita .  Antaranya, asakan terhadap jati diri, akidah, keyakinan diri, sehinggalah kepada kestabilan dan kedaulatan negara. 

Alhamdulillah, kerana kepimpinan negara nampaknya begitu peka akan keadaan ini lalu meletakkan landasan baru yang lebih kukuh, sesuai dengan iklim dunia baru bagi menahan getaran dari segala asakan tersebut.   

Dari situ, Manifesto BN yang dirangka menyenaraikan 17 perkara penting sebagai persediaan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi: 

1. Menangani Kos Sara Hidup

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10.Memperkasa Penyertaan Wanita

11.Memenuhi Aspirasi Belia

12.Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13.Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama

14.Memerangi Gejala Rasuah

15.Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16.Gerakan Kesederhanaan Global

17.Memulihara Sumber Semula Jadi

Tanpa meminggirkan sesiapa dan mana-mana aspek kehidupan, manifesto BN dijangka mampu mengukuhkan lagi negara ini dari segi ekonomi, sosial dan politik.  Apa yang BN perlukan kini hanyalah sokongan padu rakyat untuk menjadikan ‘sebuah negara yang lebih baik’, satu realiti.  

Melihat dari sambutan terhadap manifesto ini,  kita yakin bahawa sokongan padu, bukanlah satu masalah besar bagi BN.

Aku Janji (Manifesto) Barisan Nasional Kepada Rakyat


Klik Sini Untuk Baca & Muat Turun Aku Janji Barisan Nasional

7 Apr 2013

Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional

Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil
Tarikh: 6 Apr 2013, Jam: 8.45 Malam