SIARAN MEDIA
Y.BHG DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA
DR. WAN AZIZAH DIGESA MOHON MAAF DAN AMBIL TINDAKAN DISIPLIN
KUALA LUMPUR, 8 November 2012 – Wanita UMNO dengan tegas menggesa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk membuat permohonan maaf secara umum (public apology) kepada seluruh masyarakat Melayu di Malaysia mengenai kenyataan Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah Anwar sepertimana yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini sebelum ini.
Kenyataan YB Nurul Izzah telah menimbulkan kekeliruan dan huru-hara di kalangan Melayu Islam di Malaysia dan nyata mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak termasuk kepimpinan PAS yang jelas bersama untuk mendahulukan kepentingan mempertahankan kesucian agama Islam dari tercemar terhadap sebarang dakyah yang menyesatkan dan mengelirukan.
Sikap ambil mudah dalam memberikan kenyataan yang dilakukan oleh YB Nurul Izzah ini seharusnya dikenakan tindakan disiplin yang tegas oleh kepimpinan tertinggi PKR terutama dari Dr Wan Azizah sendiri bagi menunjukkan ketelusan beliau dalam mengetuai kepimpinan PKR dan bukan hanya sekadar memimpin sebuah parti keluarga.
SHAHRIZAT ABDUL JALIL
8 November 2012